Thursday, August 12, 2010

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong 20 ketul)
50gm pes tomato
50gm cili kasar
4 biji tomato (dipotong empat)
2gm jintan manis
3gm buah pelaga
2.5sm kulit kayu manis
120gm bawang merah
50gm bawang putih
2 sudu makan perahan limau
50gm minyak sapi
1 liter minyak masak
500ml santan pekat
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Panaskan minyak masak didalam kuali.
Goreng ayam sehingga kuning keemasan.Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak dan minyak sapi.
3.Tumis jintan manis, buah pelaga, kulit kayu manis, bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi.
4.Selepas itu masukkan cili kasar dan tumis sehingga pecah minyak.
5.Kemudian masukkan pes tomato dan kacau rata sehingga wangi.
6.Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
7.Akhir sekali masukkan ayam dan tomato. Gaul sebati dan angkat.
8.Hidangkan bersama nasi putih atau nasi tomato.

3 comments:

  1. kak lang ade blog..hoyeh hoyeh..nnt masukkan banyak2 resepi tau =)

    ReplyDelete
  2. yahoo.mcm teror je kan.huhuhuhuhu.kalau adik ipar den ni ado resepi best,bolehla kongsi2 kat sini.hehehehehe(tapi tau masak ke ni)kuang kuang kuang

    ReplyDelete
  3. pandai sikit2 jew kak lang..tp penah masak utk abob tau..dia suke jew..kire ok la tu..huahuahua...

    ReplyDelete