Sunday, August 15, 2010

Kerabu Sayur Campuran...

Berbuka ptg ni nk buat kerabu sayur....ummm sedapnya

Bahan A:

1 ikat pucuk paku/dihiris halus
2.5cm halia/dihiris halus
10 ulas bawang merah
500gm perut/direbus dan hiris
segenggam tauge/dicelur

Bahan B:

2 biji lada besar
5 biji cili api
sedikit belacan
3 sudu besar kerisik
1 ulas bawang besar
-5 bhn diatas dikisar bersama-
2 biji tomato dipotong dadu(mcm nak wat inti karipap)
garam secukup rasa n sedikit gula
2 biji limau kasturi(ambil air sahaja)

cara memasak:
1.satukan kesemua bhn A n bhn B.gaul rata sehingga sebati.
2.sedia dihidang.

p/s : klu x suka mskkan perut,blh ditukar dgn isi ayam digoreng kemudian disiat-siatkan.hidangan ini utk 10 org.klu nak mkn brdua je,pandai-pandai la ubah sikit ok.

Saturday, August 14, 2010

Masak Asam Pedas Tenggiri

1/2 ekor ikan tenggiri(potong nipis n grg separuh msk)
2 cwn cili kering(mesin)
1 ulas bwg besar (mesin)
3 ulas bwg putih (mesin)
2 inci lengkuas (mesin)
sedikit belacan
minyak masak 4sudu besar
4 helai daun limau purut
3 kuntum bunga kantan

1.panaskan mnyk.lepas tu,tumis semua bhn2 mesin.
2.bila bhn tumis dah naik minyak,masukkan air dlm 2 1/2 cawan.
3.selepas itu masukkan pula bendi,terung n tomato(ptg 6)
4.masukkan pula garam secukup rasa.
5.lastly masukkan ikan yg dah digoreng tadi,daun limau purut n bunga kantan.
6.dah masak,bolehla mkn dgn nasi putih or roti putih.

p/s:klu ada lebih kuah tu,ptg boleh wat cekodok n cicah dgn kuah asam tadi.nyami2,sedapnya.klu nak sedap lagi,bhn 2 yg dimesin tadi seeloknya ditumbuk dgn batu lesung.selain sedap,tu dikira senaman ringan.hehehehehe.

Thursday, August 12, 2010

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dipotong 20 ketul)
50gm pes tomato
50gm cili kasar
4 biji tomato (dipotong empat)
2gm jintan manis
3gm buah pelaga
2.5sm kulit kayu manis
120gm bawang merah
50gm bawang putih
2 sudu makan perahan limau
50gm minyak sapi
1 liter minyak masak
500ml santan pekat
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Panaskan minyak masak didalam kuali.
Goreng ayam sehingga kuning keemasan.Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak dan minyak sapi.
3.Tumis jintan manis, buah pelaga, kulit kayu manis, bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi.
4.Selepas itu masukkan cili kasar dan tumis sehingga pecah minyak.
5.Kemudian masukkan pes tomato dan kacau rata sehingga wangi.
6.Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
7.Akhir sekali masukkan ayam dan tomato. Gaul sebati dan angkat.
8.Hidangkan bersama nasi putih atau nasi tomato.

Nurul at home...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke blog Nurul at home...

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa.
Disamping kita menjalankan ibadah puasa jangan dilupa menunaikan tanggungjawab kita yang lain.
Sempena bulan Ramadhan yg mulia ini marilah kita sama-sama berkongsi resepi dan juga aktiviti-aktiviti sampingan dirumah...